Saturday, July 25, 2009

Ramli Sarip - Bukan Kerana Nama

Ramli Sarip dan Sweet Charity (atau Ramli Sarip secara solo) tetap gua letak dalam kategori Rock. Lagu ni antara lagu Ramli Sarip (berduet ngan A Romzi) yang puitis lagi sedap didengar. Masa lagu ni tengah top dulu, makcik & pakcik gua pun boleh "appreciate" dan melayan lagu ni....

Dan lagu ni juga adalah "soft reminder" untuk gua..... supaya menulis blog ni bukan kerana nama !!!

*** Sesekali gua tertanya-tanya juga...., berapa ramai lagi rocker-rocker yang masih wujud kat Malaysia ni ek? Dan berapa ramai diantaranya yang suka surfing, dengar lagu-lagu kat Youtube dan sepertinya. (mmm just wonder)

Lirik Bukan Kerana Nama....

Jangan kau pandang bibir yang manis, Kerana dia bisa menghancurkan, Jangan kau pandang wajah yang indah, Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman, Dengarkan bersama, Aku menulis bukan kerna nama, Kerna sifat kasih, Pada sesama insan, Dan menyatakan kasih sayangmu, Kita sama semuanya sama, Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta, Kerana dia bisa merosakkan jiwamu, Dengarkanlah puisi di pusaka, Yang telah turun temurun hari ini. Jangan kau alas hatimu itu, Dengan secebis warna kehitaman, Dialah seperti anai-anai, Lambat laun hancurlah dirimu


No comments:

Post a Comment