Thursday, August 20, 2009

Jernih, Amuk

Amuk mengisi senarai kumpulan-kumpulan rock di Malaysia yang semakin gersang selepas zaman 80an dulu. Gua suka kebanyakan lagu-lagu Amuk sebab beat dia memang keras tapi masih lagi melodic dan sedap didengar.

Lagu Jernih ni semamangnya tak rock berbanding lagu-lagu lain seperti Akar dan Bumi, Dikir Timur, Dalam Semak dan lain-lain. Memandang ni tengah bulan puasa, lagu rock balada macam ni dan apa saja yang berunsur balada memang sesuai dengan telinga dan badan kita yang letih ni ekkkkk.

Lirik Jernih untuk dilayan !!!!

Jernih yang dari mata airmu, Sebening salju telaga rindu, Di lembah gunung rimba kencana, Mengalir ia tanpa henti, Bersaksikan kejora alam keriangan, Titis embun dingin ke bumi, Mekarlah rumpun hijau disirami kasih, Yang sejati penuh budi, Jernih salju bak syurgawi, Jadi pohon rimbun sampai akhir nanti

Di sebalik yang jernih tersimpul rahsia, Laluan yang penuh likuan, Cuma yang kelihatan, Satu keindahan yang dipuja, Menjadi ilham para pencinta, Teroka kala tanpa batasan, Menjadi cermin imbas berwajah, Seikhlas budi yang teguh berdiri

Bak air mengalir yang penuh halangan, Itu bukannya satu alasan, Di situ tersirat sebuah hakikat, Yang kelam jadi terang, Yang luka jadikan terubat, Keegoaan tersembunyi, Di lubuk hati suci... Dan jernih... (Dan mulus)


No comments:

Post a Comment